HOSPITAL Sultanah Aminah (HSA) dijadikan sebagai hospital yang merawat kes Covid-19 di Johor. FOTO Arkib NSTP
HOSPITAL Sultanah Aminah (HSA) dijadikan sebagai hospital yang merawat kes Covid-19 di Johor. FOTO Arkib NSTP
Nurul Amanina Suhaini

SEBANYAK 563 kes kumulatif sembuh dicatatkan di Johor, sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyanathan berkata, Jabatan Kesihatan Johor Negeri (JKNJ) turut melaporkan tiada kes baharu semalam.

Katanya, sehingga 22 Mei, jumlah kumulatif kes positif di Johor kekal 669 kes dan daripada jumlah itu, 87 kes dilaporkan masih aktif.

"Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 19 orang.

"Kerajaan negeri mendukung sebarang usaha dalam memastikan penularan wabak pandemik Covid-19 dapat dikekang dengan sepenuhnya.

"Kerajaan negeri yakin sekiranya semua terus kekal komited mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dapat mencapai sasaran zon hijau bagi semua 10 daerah di negeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha semua pihak mengehadkan aktiviti perayaan dan tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ialah satu pengorbanan yang amat besar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 3:49 PM