Saipul Adli Mohamad; Raja Noraina Raja Rahim dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu jangkitan Covid-19 iaitu di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu sudah menjangkiti 21 orang yang didapati positif.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 1,752 sampel diuji membabitkan 1,631 orang kena tahan (OKT) dan 121 kakitangan.

"Kita akan melaksanakan saringan kepada semua kakitangan dan OKT serta kawalan seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.

"Tetapi kita tidak menggunakan pendekatan PKPD sebab kawasan itu memang sudah terkawal," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 5:48 PM