X
GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Saipul Adli Mohamad; Raja Noraina Raja Rahim dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


UJIAN calitan (swab) pertama ke atas 35 pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di Jabatan Perdana Menteri, Rabu lalu, disahkan negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pegawai menghadiri mesyuarat berkenaan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Menurutnya, ujian swab kedua akan dibuat pada hari ke-13 kuarantin dan sekiranya keputusan negatif mereka akan dibenarkan bertugas semula.

"Pegawai disahkan positif sudah bergejala dan memakai pelitup muka, jadi ia mengurangkan risiko jangkitan.

"Namun, prosedur operasi standard (SOP) KKM memerlukan sesiapa saja menghadiri mesyuarat itu untuk menjalani saringan dan dikuarantin selama 14 hari," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut menghadiri mesyuarat itu dikuarantin selama 14 hari di kediamannya bermula petang semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan ujian saringan mengesahkan Muhyiddin negatif jangkitan wabak itu.

"Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini," kenyataan itu dipetik.

  • Lagi berita berkaitan Covid-

    19

  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 6:15 PM