GELAGAT Sudzliana (kiri) memakaikan pelitup muka kepada anaknya, Puteri Arrissa (tengah) bersama kakaknya, Puteri Athira, sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah bersama ahli keluarga di kediamanya, Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori
GELAGAT Sudzliana (kiri) memakaikan pelitup muka kepada anaknya, Puteri Arrissa (tengah) bersama kakaknya, Puteri Athira, sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah bersama ahli keluarga di kediamanya, Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


POLIS tidak mengeluarkan sebarang kompaun membabitkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, rondaan dan pemeriksaan dilakukan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Hasil rondaan dan pemantauan yang dijalankan mendapati rakyat di negeri ini patuh pada SOP dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ini.

"Semalam, kita ada memeriksa rumah yang mempunyai banyak kereta, mendapati hanya ahli keluarga sahaja yang berada dalam rumah berkenaan dan tidak melebihi jumlah dibenarkan.

"Walaupun tiada larangan rentas daerah selain kebenaran aktiviti ziarah, orang ramai dilihat dapat mengehadkan pergerakan mereka dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada hari pertama sahaja dan terhad kepada ahli keluarga terdekat serta tidak boleh melebihi 20 orang pada satu masa.

Bagaimanapun, jumlah maksimum 20 orang itu perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing bagi memastikan SOP penjarakan sosial dapat diamalkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 1:28 PM