FOTO HIASAN
FOTO HIASAN


SEORANG penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Sibu maut dipercayai terjatuh dari kondominium di Tanjung Lobang, Miri, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata mangsa berusia 19 tahun itu adalah lelaki warga Mesir.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari unit kondominium di tingkat 15, kira-kira 2 pagi," katanya yang dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa menyewa di bangunan itu bersama beberapa rakan untuk satu malam difahamkan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 5:32 PM