Saipul Adli Mohamad; Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi


KLUSTER baharu dikesan membabitkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur yang menyebabkan 44 individu bukan warga negara positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) besar kemungkinan pekerja warga asing di tapak pembinaan itu duduk dalam tempat tertutup atau ruang sempit.

Menurutnya, ia menjadi faktor utama bagaimana jangkitan dapat menular kepada pekerja warga asing di tapak pembinaan.

"Biarpun prosedur operasi standard (SOP) pencegahan sudah dilaksana di tapak pembinaan tetapi mereka patut juga melihat penempatan, rumah warga asing.

"Cara mereka duduk sebagai contoh di Masjid India, sebuah apartmen kecil diduduki 30 orang yang mana ruang sempit faktor utama jangkitan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ruang sempit menjadi satu faktor yang mendorong virus dapat berjangkit.

"Kita kena lihat faktor yang lain dalam kalangan pekerja asing. Kita percaya ruang sempit satu faktor penting yang perlu diperhalusi.

"Kita tiada vaksin, kita ada penjarakan sosial dan itulah vaksin yang ada," katanya.

PEKERJA pembinaan di sekitar Jalan Duta. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PEKERJA pembinaan di sekitar Jalan Duta. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 6:28 PM