KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya, hari ini. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya, hari ini. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Saipul Adli Mohamad dan Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi


"WALAUPUN meraikan Aidilfitri secara tertutup tetapi dengan hati terbuka.

"Saya harap semua rakyat Malaysia dapat patuh semua SOP (prosedur operasi standard) untuk kita meraikan Aidilfitri tahun ini yang sedikit unik," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di penghujung sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham yang berpakaian lengkap baju Melayu, songkok dan samping mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Tahun ini adalah tahun unik untuk kita meraikan Aidilfitri iaitu meraikan secara tertutup tetapi dengan hati terbuka.

"Insya-Allah kita dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara kita," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 7:05 PM