Gambar hiasan
Gambar hiasan
BERNAMA

AKAUN Twitter rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu @SPRMalaysia mengalami masalah teknikal dan bukannya dinyahaktifkan seperti yang didakwa.

SPRM dalam kenyataan hari ini menyatakan akaun itu mengalami masalah sejak semalam dan laporan sudah dibuat kepada pihak Twitter pada hari yang sama.

"Isu berkenaan kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter SPRM ini adalah tidak benar," menurut kenyataan itu.

SPRM berterima kasih atas keprihatinan semua pihak namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terutamanya membabitkan imej dan integriti badan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 10:55 AM