ANGGOTA DBKL membuat pemeriksaan di tol masuk Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Ihsan Facebook DBKL
ANGGOTA DBKL membuat pemeriksaan di tol masuk Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Ihsan Facebook DBKL
BERNAMA

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan kawalan di sekeliling kawasan tembok Pasar Borong Kuala Lumpur bagi memastikan tiada warga asing yang menggunakannya sebagai laluan masuk pasar.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini menyatakan rondaan dan pemantauan juga dilaksanakan bagi menjaga harta benda di sekitar lokasi, selain memastikan pemilik, pembantu dan pengunjung mematuhi langkah keselamatan, jarak sosial dan kebersihan.

Selain itu, kawalan kenderaan yang memasuki pasar borong itu juga diteruskan dengan saringan suhu di laluan masuk.

Sejumlah 1,395 kenderaan membabitkan lori, kenderaan persendirian, motor dan teksi diperiksa hari ini dan seramai 1,530 orang sudah menjalani saringan kesihatan sewaktu pemeriksaan itu.

Kawalan di tol keluar pasar borong juga dipertingkatkan untuk mencegah kemasukan warga asing.

Selain itu tiada warga asing ditemui sewaktu pemeriksaan dan rondaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 12:23 PM