KEADAAN mayat yang ditemui terapung di Sungai Muda berhampiran Kampung Jawa, Sungai Petani. FOTO Nor Farhani Che Ad
KEADAAN mayat yang ditemui terapung di Sungai Muda berhampiran Kampung Jawa, Sungai Petani. FOTO Nor Farhani Che Ad
Nor Farhani Che Ad


MAYAT lelaki ditemui terapung di Sungai Muda berdekatan Kampung Jawa di Sungai Petani, petang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan pada 6.25 petang.

Beliau berkata, tujuh pegawai serta anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba lima minit kemudian.

"Mayat dilihat di tebing sungai oleh penduduk kampung sebelum membuat panggilan kecemasan.

"Kami mendapatkan bantuan bot nelayan yang berhampiran untuk menaikkan mayat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa dapat dinaikkan pada 7.37 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) tuurt ke lokasi sebagai langkah berjaga-jaga daripada wabak Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 11:08 PM