Dua beradik yang didakwa atas kesalahan Menghalang Penjawat Awam ketika dihadapkan ke Mahkamah Majisterat Port Dickson tadi. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Dua beradik yang didakwa atas kesalahan Menghalang Penjawat Awam ketika dihadapkan ke Mahkamah Majisterat Port Dickson tadi. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria


DUA beradik masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang penjawat awam melakukan tugas pada 25 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu S Guna Singam, 36, dan S Rajeshwaran, 34, yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Pengakuan itu dibuat kedua-dua tertuduh di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan, kedua-dua mereka dipenjara lima bulan juga gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan dua beradik terbabit dalam kejadian jam 9.10 malam 25 Mei lalu apabila enggan menghentikan kenderaan jenis Proton Persona yang diminta berhenti anggota polis bertugas selain didakwa menghimpit kenderaan berkenaan yang diekori hingga bulatan Bandar Sunggala.

Berikutan itu, kedua-dua suspek didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan namun kedua beradik ini dibebaskan selepas membayar denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 3:06 PM