Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PELAKON lelaki yang ditahan semalam kerana didakwa melarikan isteri orang akan dituduh di Mahkamah Ampang esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, suspek akan didakwa mengikut 498 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan dituduh pagi esok di Mahkamah Ampang atas kesalahan berkenaan.

"Suspek boleh dikenakan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan pelakon berusia 23 tahun berkenaan ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat suami wanita terbabit.

Berita berkaitan

Pelakon lelaki didakwa melarikan isteri orang

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 3:28 PM