X
SEKUMPULAN mat rempit yang ditahan polis. FOTO Ihsan Pembaca
SEKUMPULAN mat rempit yang ditahan polis. FOTO Ihsan Pembaca
Essa Abu Yamin


SERAMAI 86 mat rempit ditahan pada Operasi Motosikal Dan Pematuhan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) Covid-19 Bersepadu di Jalan Sri Dayung, Sri Medan semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pada operasi bermula jam 2 petang hingga 11.30 malam, individu ditahan membabitkan remaja berusia 16 hingga 19 tahun.

"Hasil pemantauan, sekumpulan remaja didapati berkumpul tanpa tujuan dengan melakukan gangguan bunyi ekzos yang mengganggu ketenteraman awam serta melanggar PKPB.

"Mereka ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Sri Medan. Kami turut mengeluarkan 151 notis saman atas pelbagai kesalahan," katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut Azhan, sembilan penunggang dikenakan kompaun atas kesalahan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 9:44 PM