Gambar fail NSTP.
Gambar fail NSTP.
Norzamira Che Noh


SABAK Bernam kini bebas kes Covid-19 dan dikategori zon hijau apabila mukim Bagan Nakhoda Omar serta Pasir Panjang mencatatkan sifar kes aktif sehingga 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), daerah itu sebelum ini merekodkan tiga kes aktif dan 27 kes secara keseluruhan.

"Ini membolehkan Sabak Bernam menyertai Kuala Langat sebagai daerah zon hijau. Hebat-hebat warga Sabak Bernam, teruskan berdisiplin. Tahniah!," kata kenyataan itu yang dikongsi di Facebook.

Dalam pada itu, dua kes baharu direkodkan di Selangor semalam menjadikan keseluruhan 1,845 kes dengan 244 kes aktif, 22 kematian dan 1,510 lagi sembuh.

Hulu Langat masih kekal zon merah dengan 123 kes aktif, manakala tujuh daerah lain zon kuning iaitu Sepang (40); Petaling (30), Gombak (20), Kuala Selangor (10), Hulu Selangor (16) dan Klang (5).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 10:49 AM