LANDASAN kereta api. FOTO Hazreen Mohamad
LANDASAN kereta api. FOTO Hazreen Mohamad
Ahmad Ismail


POLIS daerah ini menggerakkan anggotanya untuk meronda kawasan landasan kereta api sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, pemantauan dilakukan 24 jam di laluan landasan kereta api di Segamat, Labis dan Batu Anam.

"Rondaan dibuat bagi memastikan tiada pihak seperti pejalan kaki dan penunggang motosikal membolosi sempadan negeri.

"Kami turut meronda bagi memastikan kepatuhan penduduk sekitar landasan," katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan memastikan landasan kereta api tidak dijadikan laluan tikus oleh segelintir pihak yang mengelak sekatan jalan raya.

"Kami turut mengadakan sesi taklimat kepada petugas barisan hadapan, polis bantuan, Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) dan penduduk untuk menjadi mata dan telinga berkaitan individu ingkar PKP serta PKPB," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 4:44 PM