GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

GARA-GARA memancing udang galah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lapan lelaki termasuk pemilik kolam pancing udang galah di Bukit Kuang, Chukai masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mereka yang dikompaun berusia 24 hingga 38 tahun.

"Dalam kejadian pada 10.56 malam tadi, semua lelaki terbabit didapati melanggar PKPB dan memancing udang di kolam itu dengan alasan bosan serta tiada kerja yang dapat dilakukan di rumah.

"Keadaan kolam udang itu kecil dan kita dapati mereka tidak menjaga jarak sosial ketika memancing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hanyan berkata, kompaun itu dikenakan selaras dengan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 5:26 PM