Azmin Ali
Azmin Ali
Sri Ayu Kartika Amri


KERAJAAN Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek infrastruktur kereta api laju KL-Singapura dalam masa terdekat.

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan mengenai projek kereta api laju KL-Singapura sudah dibuat.

"Ia akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dicapai selepas kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek kereta api laju KL-Singapura sehingga 31 Disember depan.

"Saya sudah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan kerajaan Singapura mengenai projek ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 5:16 PM