li Mohamed (tiga kiri) dan Rafeah Juni (dua kanan) yang menetap di Tampoi, Melaka bergambar bersama ahli keluarga di Kuching selepasmasih terperangkap sejak 13 Mac lalu. FOTO Ihsan Ali
li Mohamed (tiga kiri) dan Rafeah Juni (dua kanan) yang menetap di Tampoi, Melaka bergambar bersama ahli keluarga di Kuching selepasmasih terperangkap sejak 13 Mac lalu. FOTO Ihsan Ali
Nazri Abu Bakar


"SUKAR digambarkan perasaan terperangkap hampir tiga bulan di rumah ibu mentua di Kuching, Sarawak, bersama isteri dan tiga anak susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," luah bekas guru, Ali Mohamed, 61, berasal dari Kampung Tampoi, Melaka.

Dia mendakwa tidak menduga akan 'tersadai' di Sarawak ketika pulang melawat ibu mentuanya, Paun Yusof, 82, iaitu empat hari sebelum PKP diumumkan pada 18 Mac lalu.

"Saya sepatutnya kembali ke Melaka pada 21 Mac namun larangan itu menyebabkan kami tidak dapat pulang ke semenanjung.

"Malah tiket kapal terbang yang dibeli 'hangus' begitu sahaja. Namun saya syukur berikutan dua anak di Melaka dan seorang lagi di Kedah berada dalam keadaan sihat.

"Kami sentiasa berhubung menerusi media sosial dan panggilan video bagi melepaskan kerinduan masing-masing. Situasi ini adalah kali pertama berlaku apatah lagi menyambut Aidilfitri secara terpisah.

"Ini adalah kali pertama saya tinggal di bandaraya Kuching dalam tempoh panjang sejak berkahwin pada 1986," katanya.

Dia berkata, isterinya, Rafeah Juni, 53, adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di bandaraya Melaka.

Menurutnya, sepanjang berada di kediaman ibu mentua di Simpang Empat Demak Laut, mereka hanya

mematuhi PKPB sekali gus menyokong usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Ali berkata, mereka sekeluarga merancang pulang ke Melaka sebaik pengumuman berkaitan PKPB dilakukan pada 9 Jun hadapan.

Beliau berkata, walaupun tiket penerbangan mencecah RM1,200 untuk setiap seorang namun keutamaannya adalah pulang ke Melaka dan bertemu semula anak-anak.

Rafeah pula berkata, rindunya amat mendalam terhadap dua anaknya di Melaka dan seorang lagi di Kedah.

"Banyak rahmat tersembunyi PKPB yang harus disyukuri. Dalam masa sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 5:33 PM