Saipul Adli Mohamad dan Amir Abd Hamid dan Muhaamad Hafis Nawawi


PEMERHATIAN pada kes harian dalam tempoh minggu terakhir bulan lalu mendapati kes warga Malaysia yang positif Covid-19 adalah sedikit berbanding warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dapatan itu menunjukkan rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, ia turut menunjukkan fokus perlu dilaksanakan terhadap warga asing termasuk di kalangan pekerja di samping rakyat tempatan.

"Persoalan sama ada PKPB dilanjutkan atau tidak (selepas 9 Jun ini), kita masih memantau kes seharian. Beberapa hari lalu terdapat peningkatan kes sehingga 172 dan 187 kes. Banyak disumbangkan oleh kes di depoh tahanan.

"Perbandingan kes harian ditolak kes import, kes bukan warganegara di depoh tahanan dan kes bukan warganegara dalam komuniti dengan hanya melihat warganegara sebenarnya kita di bawah unjuran jangkaan harian.

"Ini bererti rakyat Malaysia patuh kepada SOP, tetapi sekarang ini kita perlu fokus kepada pekerja warga asing," katanya pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia dan bukan warganegara perlu patuh kepada SOP bagi memutuskan penularan Covid-19 di negara ini.

DR NOOR Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
DR NOOR Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 8:38 PM