Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh. FOTO AMIR MAMAT
Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh. FOTO AMIR MAMAT
BERNAMA

MAJLIS angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu dijadual berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada 10 pagi, Jumaat ini.

Jabatan Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan ini akan diikuti dengan majlis serah tugas antara Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 11 pagi.

Majlis serah tugas jawatan itu akan bermula dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil, sebelum ucapan oleh Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.

Mohd Khalil kemudian dijadual menyampaikan ucapan diikuti ucapan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu, menurut kenyataan itu.

Semua yang hadir diminta mematuhi kod etika pakaian isitiadat yang ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 9:20 PM