X
FOTO Ihsan DBKL
FOTO Ihsan DBKL
Rosyahaida Abdullah


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja memaklumkan, akan mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang ingkar.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen," kata kenyataan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam, menciap di Twitter dengan memberi bayangan akan membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan arak berikutan kekerapan kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk termasuk menyebabkan mangsa maut.

Annuar berkata, tindakan pembekuan wajar diambil selagi tiada garis panduan dan semakan perundangan dibuat dalam isu terbabit.

Berita berkaitan:

  • Sedia beku pengeluaran lesen jual arak [METROTV]
  • 9 kemalangan maut angkara pemandu mabuk
  • Hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk, khayal
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 12:46 PM