Kakitangan khidmat penghantaran (parcel) di Segamat, Norlaily Safinas Mohamed turut diminta menguruskan penghantaran gigi palsu oleh pelanggan ketika PKP dan PKPB.
Kakitangan khidmat penghantaran (parcel) di Segamat, Norlaily Safinas Mohamed turut diminta menguruskan penghantaran gigi palsu oleh pelanggan ketika PKP dan PKPB.
Ahmad Ismail


LESUNG batu dan gigi palsu antara barangan yang dihantar orang ramai menggunakan perkhidmatan penghantaran bungkusan (parcel) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kakitangan syarikat penghantar bungkusan di Segamat, Johor, Norlaily Safinas Mohamed, 34, berkata, pihaknya mengendalikan sehingga 150 kiriman bungkusan sehari ketika PKP dan PKPB daripada pelanggan di daerah itu.

Katanya, peningkatan kiriman mendadak susulan permintaan barangan itu daripada warga emas terutamanya ibu bapa.

"Kami hanya menguruskan penghantaran kepada pelanggan dan terkejut apabila ada yang mendedahkan barangan dikirim itu terdiri daripada barangan seperti lesung batu dan gigi palsu.

"Malah ada juga pelanggan mendakwa mereka mengirimkan bantal busuk kepada cucu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 2:59 PM