X
ANGGOTA polis menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan berhampiran White House di Washington DC ketika rusuhan membantan kematian George Floyd. FOTO AFP
ANGGOTA polis menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan berhampiran White House di Washington DC ketika rusuhan membantan kematian George Floyd. FOTO AFP
Yusmizal Dolah Aling dan Murnaena Muhammad Nasir


RAKYAT Malaysia di Amerika Syarikat perlu menghindari kawasan protes serta patuh perintah berkurung yang dikuatkuasakan negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mereka yang belum berdaftar dengan kedutaan perlu berbuat demikian dengan segera bagi memudahkan sebarang bantuan diberikan.

"Situasi di AS sekarang amat tidak menentu. Bukan sahaja kerana Covid-19, tetapi juga kerana protes yang berlaku di beberapa bandar di sana.

"Seperti diingatkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Washington semalam, rakyat Malaysia di AS mesti hindari kawasan protes serta patuh perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan AS. Kekal selamat semua," katanya.

Isnin minggu lalu, kematian George Floyd, 46, yang berkulit hitam mencetuskan kemarahan apabila seorang pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin bertindak di luar batas kemanusiaan ketika menahan mangsa.

Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher mangsa walaupun Floyd berulang kali mengatakan dia tidak boleh bernafas.

Floyd meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Berita berkaitan:

  • Rusuhan di AS makin tenat
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 3:53 PM