GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Faliqah Alia Radin Mohd


TARIKH akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2019 bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam kenyataan berkata, BNCP boleh dikemukakan menerusi aplikasi ezHASiL https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau secara manual dengan memuat turun borang di portal rasmi LHDNM.

"Pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

"Mereka disaran menggunakan kesempatan ini untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memfailkan BNCP mereka.

"Pembayar cukai boleh merujuk pautan program pemfailan BNCP bagi 2020 di portal rasmi," kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi mahupun media sosial rasmi LHDNM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 1:40 PM