Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
BERNAMA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini, menerima satu laporan yang dibuat terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara, kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.

Laporan itu dibuat aktivis masyarakat Mohsin Abdul Latif di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown.

"Selepas membaca kandungan surat yang tular semalam, saya beranggapan keputusan bekas peguam negara telah dipengaruhi oleh bekas menteri itu.

"Justeru, saya memohon pihak SPRM menyiasat, sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa dalam perkara itu atau tidak," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut.

Mohsin turut diiringi seorang lagi aktivis masyarakat Mohamad Amin Abdul Kadir.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Lim Bee Kean ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 3:01 PM