X
MUHYIDDIN (tengah) memegang kemeja T tertera slogan 'Ikut Nasihat Abah; Kita Mesti Menang' diapit Mazlan Bujang (kiri) dan Mohd Solihan (kanan). FOTO Ihsan Bersatu Johor.
MUHYIDDIN (tengah) memegang kemeja T tertera slogan 'Ikut Nasihat Abah; Kita Mesti Menang' diapit Mazlan Bujang (kiri) dan Mohd Solihan (kanan). FOTO Ihsan Bersatu Johor.
Mohamed Farid Noh


SEPULUH Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor

menyatakan sokongan terhadap Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sokongan itu menerusi pertemuan tertutup hampir dua jam dengan Muhyiddin yang juga Perdana Menteri di ibu negara semalam.

Setiausaha Bersatu Johor Mohd Solihan Badri berkata, hadir sama dalam pertemuan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pemanis Dr Chong Fat Full namun, Adun Kempas Datuk Osman Sapian tidak hadir.

"Kami menyatakan sokongan penuh Muhyiddin dan dalam isu kedudukan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin.

"Kami dan Adun Pemanis mengambil serius titah Sultan Johor Sultan Ibrahim dan berdiri teguh sebagai komponen penting Perikatan Nasional (PN) yang menerajui kerajaan negeri ketika ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua Adun hadir pertemuan itu akur titah Sultan Ibrahim untuk bersama-sama memastikan kepentingan rakyat dijunjung.

Pertemuan itu sekali gua mematikan khabar angin mendakwa ada Adun Bersatu yang akan melompat parti dan menyertai pembangkang.

Untuk rekod, terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkini, UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (11), MIC (dua), PAS (satu), Bebas (satu), sementara Amanah (9) dan PKR pula (empat).

PN memiliki 29 kerusi berbanding PH 27 kerusi.

Berita berkaitan

Bukan masa sesuai bubar DUN Johor

Sultan Johor berkuasa bubar DUN

Sultan Johor kecewa

PH Johor junjung amaran Sultan Johor

'Kalau ada lagi perebutan kuasa, saya bubar DUN' - Sultan Johor

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 4:24 PM