GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Faliqah Alia Radin Mohd


MAHASISWA bakal menerima bantuan 'one-off' dengan jumlah keseluruhan RM100,000 daripada Harmoni Malaysia untuk meringankan beban mereka susulan kesan Covid-19.

Harmoni Malaysia dengan kerjasama Alumni Harmoni Mission menjalankan inisiatif Ramadan 4 Siswa menerusi sumbangan kewangan daripada orang ramai pada Ramadan lalu.

Presiden Persatuan Belia Harmoni, Usaid Asmadi berkata, bantuan daripada kutipan berkenaan akan disalurkan kepada mahasiswa yang layak saja.

"Kita berjaya mengutip sebanyak RM100,000 hasil sumbangan orang ramai sepanjang Ramadan lalu dalam usaha meringankan beban mahasiswa.

"Kami amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, mahasiswa boleh merujuk Facebook dan Twitter Harmoni Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai penerima serta tarikh pemberian bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 8:11 PM