Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi


SEGALA perincian mengenai hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) akan dimaklumkan dalam satu sidang media pagi esok.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat malam ini, namun ia berlangsung dalam suasana baik.

"Esok pagi saya akan maklumkan semuanya (keputusan) mesyuarat dalam sidang media pada awal pagi.

"Terima kasih kepada rakan-rakan media yang menunggu," katanya ketika ditemui di perkarangan Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) malam ini.

Sementara itu beberapa pimpinan Bersatu yang ditemui rata-rata menyifatkan mesyuarat berlangsung dengan baik dan terkawal.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff berkata, segalanya baik dan Perikatan Nasional stabil.

"Semua OK dan saya fikir Perikatan Nasional (PN) stabil.

Bagi Exco Johor Datuk Maulizan Bujang, mesyuarat berlangsung seperti biasa.

"Johor OK, tiada masalah," katanya.

Mesyuarat MPT berlangsung selama tiga jam dan berakhir kira-kira 11.30 malam.

Berita berkaitan

'Pelucutan jawatan saya melucukan' - Akramsyah Muammar

Muhyiddin tiba pada mesyuarat MPT Bersatu

MPT Bersatu bincang lucut keahlian...?

Mesyuarat Majlis Pimpinan Bersatu malam ini bakal 'panas' ?

Tun M dijangka hadir, malam ini

Kedudukan Tun M terjawab malam ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 12:15 AM