TUDM sekali lagi menggalas tanggungjawab sosial demi kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan penerbangan ihsan membawa dua bayi yang mengalami masalah jantung bagi memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).

Ekhwan Haque Fazlul Haque

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, melakukan penerbangan ihsan membawa dua bayi sakit jantung dari Sarawak untuk dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Nick Ahmad Shah berusia 11 hari dan Muhamad Akid Aqil, dua bulan menaiki penerbangan khas dari Pangkalan Udara Kuching dan tiba di Pangkalan Udara Subang jam 6.50 pagi ini.

Dalam kenyataannya, TUDM memaklumkan dua bayi itu diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari 22 Skuadron.

Penerbangan diketuai Kapten Mohd Fitrie Idham Kamaruddin dan dibantu pembantu juruterbang, Kapten Muhd Izwan Noor Azman.

"Ini adalah tanggungjawab sosial TUDM demi kesejahteraan rakyat dengan membawa dua bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan segera di IJN.

"Kedua-dua bayi terbabit sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 1:18 PM