KAKITANGAN pusat dandanan rambut The Barber Club, Amarul Isa membersihkan peralatan menggunting dengan cecair nyah kuman sebagai persiapan pembukaan sektor gunting rambut. FOTP Aziah Azmee
KAKITANGAN pusat dandanan rambut The Barber Club, Amarul Isa membersihkan peralatan menggunting dengan cecair nyah kuman sebagai persiapan pembukaan sektor gunting rambut. FOTP Aziah Azmee
Amir Abd Hamid dan Suraya Roslan


PROSEDUR operasi standard (SOP) khusus untuk sektor gunting rambut sedang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibenarkan beroperasi 10 Jun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkaan KKM berlaku peningkatan kes Covid-19 selepas Aidilfitri meleset dan semuanya dalam keadaan terkawal.

"Kita jangka peningkatan kes selepas Hari Raya, tetapi ia tidak berlaku, jadi sudah sampai masanya untuk kita membuka lebih banyak sektor lain termasuk gunting rambut.

"SOP sedang disediakan, jadi sekarang ini kita berharap pelaksanaan dan pematuhan SOP dapat diikuti," katanya dalam sidang media harian hari ini.

Menurutnya, apa yang pasti KKM akan memantau dan memastikan sama ada terdapat peningkatan kes atau tidak selepas pembukaan sektor gunting rambut dibenarkan beroperasi.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 6:05 PM