X
Murni Wan Omar dan Suraya Roslan


SEMUA pendaftaran perkahwinan bukan Islam yang terjejas perlu diselesaikan sebelum 31 Julai depan dan hanya 171 rumah ibadat diluluskan untuk beroperasi.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perpaduan Negara bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkenaan pendaftaran perkahwinan yang terjejas dan tertangguh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mesyuarat khas memutuskan semua pendaftaran perkahwinan yang terjejas perlu diselesaikan sebelum 31 Julai supaya pendaftaran perkahwinan dapat dilakukan tanpa keperluan untuk permohonan baru dan tidak perlu membayar fi sekali lagi.

"JPN akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) urusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian untuk penganut bukan Islam," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, JPN juga membenarkan pendaftaran perkahwinan berlangsung di 171 rumah ibadat iaitu kuil, gereja atau persatuan agama yang diluluskan beroperasi oleh Kementerian Perpaduan Negara sepanjang tempoh PKP.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 3:52 PM