Murni Wan Omar dan Suraya Roslan


"YANG penting bukan penjual tetapi mereka yang membeli lebih menggalakkan sindiket menjual surat palsu Covid-19.

Demikian komen Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19.

Ismail Sabri berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Mesyuarat Khas hanya satu tangkapan dibuat berhubung pemalsuan dokumen itu.

"Kalau kita buat wristband (gelang tangan) pun mereka mungkin akan buat (palsu), jadi mereka yang terbabit dengan jenayah ini akan buat apa saja sedangkan kad pengenalan pun orang tiru.

"Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan seterusnya, cuma yang menggalakkan mereka membuat penipuan adalah pelanggan.

"Jika ada pelanggan tentunya ada perniagaan, untuk menutup perniagaan mereka jangan ada yang beli surat palsu itu," katanya.

Menurutnya, surat palsu itu dikeluarkan tanpa kebenaran doktor dan jika mereka tulis negatif tetapi sebenarnya positif Covid-19 yang menderita akhirnya rakyat Malaysia.

"Dia (sindiket) jual mungkin RM50 sekeping, mereka dapat RM50 tetapi kita?

"Keadaan status kesihatan sebenar kita tidak tahu, kalau kita betul-betul positif apa akan jadi kepada keluarga kita," katanya.

Berita berkaitan:

  • Surat negatif Covid-19 tak laku, KKM ada rekod
  • Banteras sebelum lebih parah...
  • Polis tumpaskan sindiket pemalsuan keputusan saringan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 4:03 PM