ANTARA kenderaan terbabas dalam kemalangan NKVE. FOTO ihsan pembaca
ANTARA kenderaan terbabas dalam kemalangan NKVE. FOTO ihsan pembaca
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


TUJUH kenderaan remuk selepas gagal mengelak kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Kilometer 24.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kejadian itu berlaku pada 9.29 malam.

"Terdapat tujuh kenderaan terlibat iaitu Chevrolet Optra, Proton X70, Proton Persona, Toyota Fortuner, Honda Civic (2), dan BMW X5.

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada Chevrolet Optra yang hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kanan.

"Kejadian itu menyebabakan kenderaan lain yang datang dari arah belakang melanggar antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, terdapat seorang pemandu Honda Civic cedera dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

"Kes disiasat oleh pihak Unit Siasatan Lebuhraya JSPT untuk tindakan di mengikut Peratuan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 1:26 PM