GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


TINDAKAN seorang peniaga di sebuah kedai yang menjual pelitup harga melebihi harga maksimum yang ditetapkan mengundang padah apabila dia dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perlis, Mohamad Amir Abdullah berkata, pada serbuan 3 petang itu, peniaga berusia 40-an berkenaan didapati menjual pelitup muka pada harga RM2 seunit di premisnya.

"Pihak kami menerima maklumat awam yang melaporkan aduan mengenai tindakan peniaga berkenaan yang menyalahi undang-undang.

"Jadi pihak KPDNHEP melakukan proses 'uji beli' di premis

perniagaan berkenaan dan didapati pelitup muka tiga lapisan yang sepatutnya dijual tidak melebihi RM1.50 seunit dijual pada harga RM2 seunit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Amir berkata, pihaknya bertindak merampas 38 helaian pelitup muka sebagai bahan bukti bagi melakukan siasatan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti

Pencatutan 2011.

"Kes ini akan dibawa ke mahkamah dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000

atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Saya menyarankan agar peniaga membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 9:36 AM