X
KEDAI gunting rambut antara empat premis perniagaan diusahakan warga asing yang diarahkan disita dan ditutup DBKL hari ini. FOTO ihsan DBKL
KEDAI gunting rambut antara empat premis perniagaan diusahakan warga asing yang diarahkan disita dan ditutup DBKL hari ini. FOTO ihsan DBKL
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dan menutup empat premis perniagaan dijalankan warga asing di sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

DBKL menerusi Facebook (FB) rasminya berkata, pihaknya menyita premis gunting rambut yang di Jalan Madrasah yang diusahakan warga Indonesia.

"Premis itu tidak mempunyai sebarang dokumen perniagaan, tindakan menutup dan menyita serta-merta diambil mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Selain itu, DBKL turut menyita gerai milik penjaja cendol mengikut Undang-Undang Kecil 3(1) kerana penjaja bukan warganegara," katanya.

Menurutnya, turut diambil tindakan sita dan tutup adalah premis kedai runcit yang diusahakan warga Indonesia kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

Katanya, selain itu, DBKL menyita dan menutup kedai gunting rambut dimiliki warga Bangladesh kerana tidak mempunyai lesen dan tindakan diambil mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 10:46 PM