JKNS Operasi bersepadu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Kuching senalam. FOTO Norsyazwani Nasri
JKNS Operasi bersepadu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Kuching senalam. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


ENAM premis dikompaun kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi bersepadu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) semalam.

Operasi bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan pematuhan SOP PKPPP itu dijalankan di Gita, Metro City, Matang Baru dan Demak mulai jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri, Billy Sujang berkata, antara kesalahan dilakukan ialah tidak mengambil suhu badan, tidak merekod kehadiran dan tidak membuat nyah kuman di premis yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020 (No.7).

"Dalam operasi sama, sebanyak 17 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kepada 17 individu atas kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(d) iatu merokok di tempat makan 15 kes dan Peraturan 12(1)(b) menyediakan tempat abu rokok dua kes di bawah PPKHT 2004.

"Kesalahan-kesalahan di bawah Peraturan 11(1) boleh dikompoun sehingga RM250 atau diambil tindakan di mahkamah jika gagal membayar kompaun dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, menyediakan tempat abu rokok di premis tempat makan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 12(1)(d) dan boleh di kompaun sebanyak RM250 atau didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi enam bulan.

"Sebanyak 63 premis diperiksa meliputi 30 kedai tempat makan, 29 kedai peruncitan dan serbaneka dan empat kedai gunting rambut atau salon.

"Larangan merokok di tempat makan sentiasa berkuat kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 2:00 PM