PEKAN 25 JUNE 2020. Poster dan bendera Barisan Nasional, kelihatan di kawasan sekitar gugusan Felda Chini, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 yang bakal diadakan pada empat Julai ini dengan saingan tiga penjuru, diantara Barisan Nasional dan dua calon bebas. PRK ini, mencatat sejarahnya tersendiri kerana ia berlansung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung wabak Covid-19. KHIS/FARIZUL HAFIZ AWANG

BERNAMA

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini boleh dijadikan medan latihan untuk jentera kempen Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, PRK berkenaan juga adalah peluang terbaik untuk pimpinan parti bertemu rakyat bagi menerangkan keadaan semasa politik negara termasuk asas kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional.

"PRK Chini ini saya harap PRK terakhir sebelum kita adakan PRU-15 nanti, dan ia juga sebagai latihan kepada jentera parti untuk kita hadapi PRU-15.

"Walaupun orang kata PRK Chini ini tidak sehangat PRK lain tanpa penyertaan calon daripada parti besar, namun yang penting ialah penerangan mengenai dasar dan wawasan parti terutama mengenai kerjasama dalam PN dan Muafakat Nasional, kerana ramai yang masih belum benar-benar faham perkara berkenaan terutama dalam kalangan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Gagasan Generasi Baharu di Pekan, hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Pekan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Sharim dan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Pengundian PRK DUN Chini, yang juga satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, ditetapkan pada 4 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 6:21 PM