SERAMAI 11 remaja lelaki yang sedang bermain bola sepak ditahan polis kerana mengingkari PKPP di sebuah taman permainan dekat Taman Bagan, Butterworth. FOTO ihsan PDRM
SERAMAI 11 remaja lelaki yang sedang bermain bola sepak ditahan polis kerana mengingkari PKPP di sebuah taman permainan dekat Taman Bagan, Butterworth. FOTO ihsan PDRM
Nur Izzati Mohamad


POLIS menahan 11 remaja lelaki selepas didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila bermain bola sepak di padang permainan di Taman Bagan, Butterworth, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd berkata, mereka berusia 19 hingga 23 tahun ditahan ketika anggota polis menjalankan rondaan pada 1.30 pagi.

"Ketika disoal mereka gagal memberi alasan munasabah berada di luar kediaman selari dengan PKPP.

"Kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Peraturan (3) 1 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Katanya, orang ramai diharap terus memberikan kerjasama dengan mematuhi PKPP kerana penularan pandemik Covid-19 belum berakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 4:12 PM