Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang menangkap ular sawa seberat 100 kilogram bersama 40 biji telur di Kampung Pulau Kerengga. FOTOIHSAN APM MARANG
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang menangkap ular sawa seberat 100 kilogram bersama 40 biji telur di Kampung Pulau Kerengga. FOTOIHSAN APM MARANG
Ahmad Rabiul Zulkifli


SEORANG guru hampir menetak seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) ketika sedang menebas di belakang rumahnya di Kampung Pulau Kerengga, Marang, hari ini.

Bagaimanapun, ular sawa sepanjang 16 meter serta 40 biji telur itu berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang pada 10.30 pagi.

Mohamad Faizulan Ahmad, 38, berkata dia terkejut apabila ular sawa bersaiz besar itu menjulurkan kepala dari bawah tunggul pokok kelapa ketika sedang membersihkan kawasan itu.

"Saya hampir mencantas kepala ular sawa itu dengan parang namun bernasib baik kerana sempat melihat kelibat ular berkenaan.

"Saya bimbang untuk mengambil tindakan sendiri dan menghubungi APM Marang supaya menangkap ular itu tanpa mencederakannya.

"Sebelum ini, jiran memberitahu mengenai kewujudan ular sawa besar yang memakan anak lembu sebelum ini dan ia akhirnya ditangkap hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 4:29 PM