SEBUAH rumah di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri. FOTO NSTP
SEBUAH rumah di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri. FOTO NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi

SIASATAN awal polis mendapati penemuan mayat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang yang diculik bermotifkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, sama ada ia membabitkan hutang atau pinjaman masih tidak jelas kerana perkara itu dalam siasatan.

"Punca kematiannya pun masih belum diketahui," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penculik menuntut wang tebusan S$50 juta (RM154 juta) bagi melunaskan hutang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu.

Perbuatan suspek terbongkar hasil siasatan dan penahanan mereka menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata, seorang lelaki yang didakwa merogol warga Nigeria sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 324, Seksyen 375B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Jumaat lalu.

"Susulan itu, polis kemudian menahan tiga lagi lelaki di mana seorang akan dituduh mengikut Seksyen 324, Seksyen 375B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan selepas 2 Julai ini.

"Manakala dua lagi akan dituduh mengikut Seksyen 375B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang disyaki merogol warga Nigeria ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Berita berkaitan

EL dah kena tahan, polis kini cari Thamby

Kes culik, bunuh Datuk Seri: Polis buru EL

Datuk jadi dalang

Tebusan RM154 juta diminta [METROTV]

Datuk Seri diculik ditemui mati

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 6:51 PM