LOKASI mangsa dipercayai diserang buaya. FOTO Melvin Joni
LOKASI mangsa dipercayai diserang buaya. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


SEORANG warga emas hilang dipercayai dibaham buaya di Sungau Undey, Kampung Tampan di Pusa, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku 3.45 petang hari ini membabitkan mangsa dikenali sebagai Sarkawi Talip, 61.

"Mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika memasang pukat di tebing sungai," kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, operasi mencari mangsa masih giat dijalankan membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 7:10 PM