GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu dikuarantin yang tidak membuat ujian saringan kedua Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kegagalan itu boleh menyebabkan mereka yang ingkar dihukum penjara melebihi dua tahun atau denda atau keduanya mengikut Akta 342.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 620 individu yang pulang dari luar negara gagal menjalani ujian Covid-19.

"PDRM menasihatkan orang ramai yang pulang dari luar negara agar tampil menjalani ujian saringan kedua.

"Individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta 342 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 7) (Pindaan) 2020," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM akan mengesan individu yang menjalani kuarantin di rumah gagal menjalani ujian kedua selepas hari ke-13.

Individu berkenaan sepatutnya hadir menjalani saringan dan menyerahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk penilaian lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 7:52 PM