ANGGOTA bomba membantu menanggalkan cincin yang tersangkut di jari manis lelaki. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba membantu menanggalkan cincin yang tersangkut di jari manis lelaki. FOTO IHSAN BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


LELAKI terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin pada jari manis di tangan kanannya tersangkut dan gagal ditanggalkan, hari ini.

Penolong Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 5.59 petang.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fisol Kadir melakukan operasi memotong cincin pada jari lelaki berusia 26 tahun itu.

"Anggota bomba menggunakan pemotong cincin untuk memotong cincin itu dalam tempoh kurang 10 minit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 8:48 PM