X
KAKAK mangsa bot terbalik, Aida Ismail, 50, (kiri) menunggu berita mengenai adiknya, Arman Ismail, 43, yang masih hilang di Jeti Perikanan Kemasin setiap hari. FOTO Nor Amalina Alias
KAKAK mangsa bot terbalik, Aida Ismail, 50, (kiri) menunggu berita mengenai adiknya, Arman Ismail, 43, yang masih hilang di Jeti Perikanan Kemasin setiap hari. FOTO Nor Amalina Alias
Nor Amalina Alias


MEMASUKI hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa bot terbalik, anggota penyelamat dan keluarga mangsa dilihat mulai keletihan.

Baik keluarga mahupun anggota SAR, mereka berada sekurang-kurangnya 13 jam sehari di pusat operasi di Jeti Perikanan Kemasin di Bachok, sejak Selasa lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, justeru itu, bimbingan motivasi sangat diperlukan bagi memastikan anggota SAR terus komited mencari dua lagi mangsa sehingga mereka ditemui.

Katanya, bagi sokongan moral kepada keluarga pula, kaunselor dihantar ke jeti dan rumah keluarga mangsa bagi memulihkan semangat mereka.

"Saya sendiri lihat kru bot memang keletihan, di darat pun sama, begitu juga pihak media dan paling beri kesan dua keluarga mangsa yang belum ditemui.

"Untuk menangani masalah emosi itu adalah benda subjektif tapi apa yang kami lakukan, kami cuba memotivasikan anak-anak buah, di laut dan darat agar kita jalankan kerja secara profesional," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Jeti Perikanan Kemasin, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan emosi anggota dan keluarga stabil serta terjamin supaya operasi pencarian diteruskan dengan baik.

Katanya, setakat ini operasi juga tidak akan ditamatkan kerana pencarian di laut tidak semudah pencarian di darat.

Selain itu, Muhd Nur Syam berkata, bagi kertas siasatan, pihaknya sudah menemuramah 12 saksi yang terselamat dalam kejadian bot terbalik itu.

Katanya, pihaknya belum berkesempatan menemuramah tekong bot, Hazahar Mat Sanisah, 48, kerana keadaannya yang masih belum stabil.

"Kita belum dapat lagi temuramah tekong tapi kita akan pastikan maklumat lain diperoleh secepat mungkin sebab kemalangan ini membabitkan impak yang besar dan kajian harus dilakukan dengan lebih teliti," katanya.

Beliau berkata, pencarian turut mendapat kerjasama nelayan dan penguat kuasa Thailand serta Terengganu.

"Ini kerana setakat ini, berdasarkan sistem pencarian kita anggarkan mangsa mungkin hanyut di perairan ke arah Pulau Perhentian dan perairan Thailand," katanya.

Berita berkaitan

  • Pencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemui [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskan
  • Kubur bertanda buat pemancing keenam [METROTV]
  • Bau busuk dorong selaman ketiga
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 8:06 PM