Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

GEMPA bumi lemah bermagnitud 3.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di pesisiran pantai Lahad Datu, Sabah pada 9.20 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 16 kilometer Tenggara dari Manar, Sabah.

Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 10:49 PM