ANGGOTA bomba memadam kebakaran melibatkan 10 kenderaan dan tiga buah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Tembioh, Kampung Sri Lalang, Kota Tinggi, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba memadam kebakaran melibatkan 10 kenderaan dan tiga buah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Tembioh, Kampung Sri Lalang, Kota Tinggi, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Omar Ahmad


SEPULUH kenderaan terbakar dalam satu kejadian kebakaran yang turut memusnahkan tiga rumah di Jalan Tembioh, Kampung Sri Lalang, Kota Tinggi, pagi tadi

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, 20 anggota dengan bantuan dari BBP Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.11 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan tiga rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang turut memusnahkan 10 kenderaan termasuk sebuah motosikal.

"Kebakaran memusnahkan dua Toyota Hiace, Honda (2), Proton Wira (2) dan masing-masing sebuah Volvo, Proton Perdana dan Ford Econovan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 8:28 PM