X
PEKERJA kilang maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan MPV. FOTO Norsyazwani Nasri
PEKERJA kilang maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan MPV. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


PEKERJA kilang maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Mundai, Jalan Padawan, Padawan, malam ini.

Dalam kejadian 8.10 malam itu, Winston Keyon, 18, dari Kampung Subang, Padawan, parah di bahagian kepala maut serta-merta di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa bergerak menuju ke arah Kuching.

Katanya, motosikal Yamaha LC ditunggangi mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan seterusnya melanggar bahagian hadapan MPV Toyota Wish yang dipandu wanita berusia 41 tahun.

"Akibat perlanggaran terbabit, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Pemandu Toyota Wish tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa dibawa ke HUS untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 11:42 PM