Zatul Iffah Zolkiply


PENGERUSI pertubuhan asrama anak yatim direman enam hari di Kuala Terengganu, hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM116,640 pada 2018.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab [email protected] membenarkan lelaki berusia 59 tahun itu direman sehingga Sabtu depan.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek sebelum itu ditahan di pejabat SPRM kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek dikatakan mengemukakan satu dokumen permohonan bantuan wang zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang mengandungi butir matan yang palsu bernilai RM116,640 pada 2018.

SUSPEK (tengah) direman bagi membantu siasatan tuntutan palsu. FOTO Ghazali Kori
SUSPEK (tengah) direman bagi membantu siasatan tuntutan palsu. FOTO Ghazali Kori

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 1:13 PM