SEBAHAGIAN bumbung Blok C SMK Derma yang berusia 71 tahun runtuh. FOTO Bernama
SEBAHAGIAN bumbung Blok C SMK Derma yang berusia 71 tahun runtuh. FOTO Bernama
BERNAMA

KIRA-KIRA 50 sekolah di Perlis mengalami masalah serangan anai-anai yang memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata kerajaan negeri mempunyai peruntukan yang terhad untuk membaiki dan menyelenggara sekolah terbabit.

Katanya, kebanyakan sekolah terbabit berusia lebih separuh abad dan kerajaan negeri menerima banyak aduan daripada pihak sekolah berhubung masalah itu.

"Kita berharap pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat segera membantu bagi menyegerakan proses membaiki dan menyelenggara bangunan sekolah di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dekat Kangar, hari ini.

Mengulas kejadian sebahagian bumbung blok C, SMK Derma yang runtuh pada Sabtu lepas, Rozieana berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya bagi membaiki bangunan terbabit dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 4:31 PM