PEMBACA Harian Metro sedang beratur bagi menebus kordel Ribena 600 militer di Pejabat NSTP Terengganu di Kuala Terengganu. FOTO NSTP
PEMBACA Harian Metro sedang beratur bagi menebus kordel Ribena 600 militer di Pejabat NSTP Terengganu di Kuala Terengganu. FOTO NSTP
Zatul Iffah Zolkiply


"SAYA memang suka baca Harian Metro (HM) dan Metro Ahad (MA) kerana gaya penulisan dan susunan gambarnya," kata suri rumah, Wan Shahida Fazliana Wan Razak, 30, dari Seberang Takir, Kuala Nerus.

Menurut Wan Shahida Fazliana, walaupun masyarakat kurang membeli akhbar kerana berita boleh dibaca dalam talian, namun dia membelinya setiap hari kerana lebih puas membaca sambil memegangnya.

"Saya memang suka baca HM atau MA. Rasanya lebih puas apabila baca berita yang kita dapat pegang daripada baca dalam talian.

"Macam hari ini, saya beli surat khabar HM sebab sudah jadi rutin harian dan tak sangka pula dapat sebotol kordial Ribena 600 mililiter (ml) percuma," katanya.

Pekerja swasta, Muhammad Khairul Mohd Nawi, 21, berkata HM dan MA adalah akhbar pilihannya serta keluarga.

"Memang akan beli sebab ayah lebih selesa baca akhbar bercetak walaupun masyarakat beralih kepada akhbar digital atau talian.

"Kalau ditanya ruangan yang paling saya suka tentunya ruangan sukan kerana kupasan dan olahan berita sukan akhbar ini lebih mendalam dan menarik berbanding akhbar lain," katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan Cawangan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Terengganu Fazleesham Mohd Yunus berkata, promosi berkenaan diadakan bersempena sambutan ulang tahun Harian Metro ke-29.

Katanya, ia juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia HM dan MA yang menyokong akhbar berkenaan.

"Bagi kawasan Zon Timur termasuk Terengganu, promosi ini bermula semalam sehingga 19 Julai depan.

"Mereka boleh menebus kordial Ribena 600 ml di lokasi terpilih sepanjang tempoh berkenaan dan setiap pembaca hanya dibenarkan untuk menebus sebotol sahaja," katanya.

Katanya, stok adalah terhad dan pembaca boleh mendapat keterangan lanjut dengan melayari www.hmetro.com.my/Ribena atau di dalam akhbar berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 7:43 PM